Seorang operator kilang yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan sepasang suami isteri OKU maut dalam kemalangan di Jasin... Direman empat hari bermula hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Amran @ Mohamad Zaki Omar berkata, suspek ditahan di lokasi kemalangan di Jalan Serkam Pantai, Jasin, semalam.